Sunday, October 28, 2007

aktiviti seks untuk yang berpenyakit

ari aku nak share satu artikel yg sempat aku baca sikit2 minggu lepas..
jom baca sama2..
BIARPUN BERPENYAKIT NAMUN NAFSU SEKS MUNGKIN SEKALI TIDAK TERJEJAS. TAPI SEBELUM MELAKUKANNYA ADA BAIKNYA JIKA ANDA DAN PASANGAN MENGETAHUI KEADAAN TUBUH TERLEBIH DAHULU. ANDA PERLU TAHU DALAM KEADAAN DIRI ANDA YANG BERPENYAKIT ADAKAH SELAMAT UNTUK ANDA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS? BAGI PENDERITA PENYAKIT DARAH TINGGI, KENCING MANIS, PENYAKIT JANTUNG DAN ASMA SEKS MUNGKIN MEMBERI KESAN TERHADAP KEADAAN DIRI ANDA. OLEH ITU ADA BAIKNYA PENDERITA PENYAKIT INI MENGETAHUI TIP-TIP PENTING SEBELUM BERHASRAT MENERUSKAN HUBUNGAN INTIM.

Pengidap darah tinggi
pastikan tekanan darah stabil
Penderita penyakit darah tinggi harus berhati-hati ketika melakukan aktiviti seksual. Seperti aktiviti berat yang lain, seks juga mampu menyebabkan tekanan darah meningkat. Masalahnya, kenaikan yang berlaku ketika hubungan seksual tidak akan dapat dikesan. Perlu diketahui bahawa tekanan darah yang naik secara drastik akibat aktiviti berat dalam waktu singkat mampu menyebabkan pembuluh darah pecah dan kemudian boleh menyebabkan strok. Oleh itu bagi penderita darah tinggi, pastikan tekanan darah sedang stabil semasa anda dan pasangan memutuskan untuk bersama. Lakukan pemanasan yang cukup untuk menghindari naiknya tekanan darah secara tiba-tiba. Sudahi aktiviti seks dengan tenang. Janganlah memaksa diri untuk melakukan aktiviti seksual melebihi kapasiti hanya kerana ingin dipuji perkasa. Apalah ertinya pujian kalau akhirnya berakibat buruk.

Penderita asma
hentikan jika berlaku seranganAsma merupakan penyakit yang cukup mengganggu. Namun hubungan seksual bukanlah larangan bagi penderita asma. Kecuali serangan asmanya anda dikategorikan ke dalam ‘exercise injure asma’ ataupun serangan asma berlaku ketika melakukan aktiviti berat atau lasak.Aktiviti seksual termasuk dalam aktiviti berat kerana pernafasan akan menjadi lebih cepat bagi memenuhi bekalan oksigen. Inilah yang dapat menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan. Untuk itu, disarankan bagi penderita asma untuk mengamalkan beberapa tips berikut.
• Jangan lupa memulakan perhubungan dengan pemanasan dan sudahi dengan ‘cooling down. Nikmati aktiviti ini hingga tubuh menjadi lebih relaks.
• Meskipun jarang terjadi, namun segeralah hentikan aktiviti bila muncul serangan.
• Seeloknya pastikan keadaan tubuh anda melalui pemeriksaan ujian ataupun konsultasi dengan doktor anda.
• Anda harus mengenali sendiri mengenai batasan kemampuan dalam melakukan hubungan seks. Ini juga memerlukan pemahaman dan komunikasi dengan pasangan.
Pesakit jantung
pasangan disarankan lebih aktifSeperti yang dikatakan tadi hubungan seks adalah sama dengan aktiviti berat jadi ia akan menyebabkan fungsi jantung anda menjadi lebih berat. Oleh itu jika anda pesakit jantung sebaiknya meneliti dahulu keadaan dan fungsi jantung sebelum mahu melakukan seks. Dapatkan pemeriksaan keadaan tubuh anda dari doktor. Sekiranya dirasakan ada masalah, jangan memaksakan diri. Jangan teruskan dan hentikan aktiviti seksual bila muncul gangguan, contohnya bila mengalami degupan jantung terasa tidak teratur, muncul rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada dan sebagainya. Untuk mencapai kepuasan bersama, pasangan yang sihat disarankan untuk berperanan lebih aktif.Pengidap kencing manis - diet dan bersenam untuk pertahan fungsi seksualLain halnya dengan aktiviti seksual untuk penderita kencing manis, masalah utamanya adalah disfungsi ereksi. Ia disebabkan gangguan pembuluh darah dan saraf pada organ-organ seksual. Namun begitu tidak semua penderita kencing manis mengalaminya. Selagi kadar gula dalam darah tetap terkawal, perkara ini dapat dihindari. Secara teori, aktiviti seks memang mungkin boleh menyebabkan berlakunya penurunan kadar gula dalam darah secara drastik (hipoglikemi) tapi keadaan ini jarang terjadi. Penderita kencing manis dengan gula dalam darah yang terlalu tinggi (di atas 250 mg) atau terlalu rendah (kurang dari 100 mg) disarankan tidak melakukan aktiviti berat, termasuklah aktiviti seksual. Tapi pada tahap ini biasanya ghairah seksual juga mengalami penurunan. Pastikan anda mengawal gula darah secara teratur. Pastikan juga anda melakukan diet dan senaman untuk mempertahankan fungsi seksual. Segarkan diri dengan air putih selepas hubungan seksual, meski minuman bersoda mungkin terasa lebih nikmat. Sekiranya dilakukan secara baik, penetrasi seks tidak akan menyebabkan luka yang berbahaya bagi penderita kencing manis.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

Bagi semua teman2 yg beragama Muslim sis ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..



Sunday, October 7, 2007

ehheheh.. mcm malas jak aku update blog ni.. ermmm tapi ada yg aku nak kongsi ni.. cerita menarik tapi bukan ari ni.. esok2 erkkk hehhehe.. ok lah aku chau dulu.. jaga diri... bye...