Tuesday, December 11, 2007

ellooooowww

hehhehe ari ni aku,farah n emily g cc..saja jer isi masa lapang sambil2 cuci mata.. ermmm tah apa aku nak tulis ni... tak tau.. hehehehhe

Wednesday, November 21, 2007

Aku Lulus

hehehe..aku dah boleh tarik napas lega dah..ari ni aku ambil test JPJ..ulangan beb..ulangan kali kedua so maknanya dah masuk kali yg ketiga..wakakakakka..aku bersyukur sangat2 pada Tuhan dan berterima kasih banyak2 pada kengkawan yg banyak bagi aku semangat.. sebenarnya aku dah putus asa tau..aku fobia sgt bila nak test kat bukit..tapi berkat sokongan kwn2 terutama Lan my tutut...aku kembali bangkit..dan akhirnya aku berjaya..hehehhehe

aku nak citer sikit erkk pasal apa yg berlaku ari ni...

aku sengaja dtg lambat kat litar dlm jam 10.00am lebih2 lah.. sampai kat sana aku pi opis sign in and ambil fail aku yg begitu tebal almaklumlah dah 2x mengulang..pastu aku gi dekat2 bukit tmpt ambil test sana..tuitor nampak dan trus suh aku test..mula2 aku nak rileks dulu kan baru smpai..tapi dia ckp abis ni tutup dah.. so aku pun p lah..JpJ suh aku guna bukit sebalah tapi aku menolak aku nak tawan juga bukit yg aku gagal dulu tu..aku nak kat sana juga.. bayangkan lah tinggal aku seorang lagi so semua mata tertumpu kat aku..aku pura2 tak tau jer lah.. bila stop kat bukit tu aku nampak tuitor aku kat tepi dengan muka yg serius.. alamak seramnya aku.. terbayang plak time dia cekik leher aku bulan lepas coz aku gagal.. waaaaaaaa... My God help me..bila Jpj tuh suh jalan aku pun jalan lah dan akhirnya?? huhuhu berjaya tuk bukit..

ni plak time parking..sambil tunggu giliran tetiba aku mcm lupa formula nak kuar parking.. waaaaaaa matai lah..sebenarnya bukan giliran aku tapi tuitor aku yg bagi dulu..herm aku pi jer lah..dia suh siap2 dlm keta..bila JpJ suh masuk aku pun angkat tangan lah..aku pelik napa keta tak bergerak alamakkkk rupa2nya enjin belum hidup lah wakakkakak.. nasiblah tak lebih masa..

pastu kat 3 penjuru..ni ada cerita sendiri.. masa aku masuk dalam kotak tu baru aku sedar rupa2nya handbreak belum lepas ahhahahha.. nasib baik lah aku tidak kandas kat sana..huhuhuu...

pa2 pun semua dah limpas..aku bersyukur dan berterima kasih sangat2...

Saturday, November 17, 2007

Kenali Peribadi Anda

Anggap diri anda saat ini sedangmemasuki sebuah rumah kecil di tepisungai di tengah hutan tebal. Setelahanda buka pintunya dan masuk,di dalamnya terdapat: 7 tempat tidur kecil di sebelah kanandi sebelah kiri,terdapat meja makan yang dikelilingi 7kerusi kecil.Di tengah-tengah meja terdapat sebuahbekas dengan 6 macam buah.Buah-buahan tersebut terdiri daripada: a.epal b.pisang c.jeruk d.mangga e.rambutan f.papaya.. Buah manakah yang akan anda pilih?Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.




Ini Jawapannya..
a. jika anda pilih epal: bererti anda orang yang suka makan epal
b. jika anda pilih pisang: bererti anda ialah orang yang suka makanpisang
c. jika anda pilih jeruk: bererti anda ialah orang yang suka makan jeruk
d. jika anda pilih mangga: bererti anda ialah orang yang suka makan mangga
e. jika anda pilih rambutan: bererti anda ialah orang yang suka makan rambutan
f. Jika anda pilih papaya: bererti anda ialah orang yang suka makan papaya


hehehehheh......hehehee...tipah tertipu..hehehee...tak kan nak kena sorang??pi le hantaq kat org lain.....

Sunday, October 28, 2007

aktiviti seks untuk yang berpenyakit

ari aku nak share satu artikel yg sempat aku baca sikit2 minggu lepas..
jom baca sama2..
BIARPUN BERPENYAKIT NAMUN NAFSU SEKS MUNGKIN SEKALI TIDAK TERJEJAS. TAPI SEBELUM MELAKUKANNYA ADA BAIKNYA JIKA ANDA DAN PASANGAN MENGETAHUI KEADAAN TUBUH TERLEBIH DAHULU. ANDA PERLU TAHU DALAM KEADAAN DIRI ANDA YANG BERPENYAKIT ADAKAH SELAMAT UNTUK ANDA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS? BAGI PENDERITA PENYAKIT DARAH TINGGI, KENCING MANIS, PENYAKIT JANTUNG DAN ASMA SEKS MUNGKIN MEMBERI KESAN TERHADAP KEADAAN DIRI ANDA. OLEH ITU ADA BAIKNYA PENDERITA PENYAKIT INI MENGETAHUI TIP-TIP PENTING SEBELUM BERHASRAT MENERUSKAN HUBUNGAN INTIM.

Pengidap darah tinggi
pastikan tekanan darah stabil
Penderita penyakit darah tinggi harus berhati-hati ketika melakukan aktiviti seksual. Seperti aktiviti berat yang lain, seks juga mampu menyebabkan tekanan darah meningkat. Masalahnya, kenaikan yang berlaku ketika hubungan seksual tidak akan dapat dikesan. Perlu diketahui bahawa tekanan darah yang naik secara drastik akibat aktiviti berat dalam waktu singkat mampu menyebabkan pembuluh darah pecah dan kemudian boleh menyebabkan strok. Oleh itu bagi penderita darah tinggi, pastikan tekanan darah sedang stabil semasa anda dan pasangan memutuskan untuk bersama. Lakukan pemanasan yang cukup untuk menghindari naiknya tekanan darah secara tiba-tiba. Sudahi aktiviti seks dengan tenang. Janganlah memaksa diri untuk melakukan aktiviti seksual melebihi kapasiti hanya kerana ingin dipuji perkasa. Apalah ertinya pujian kalau akhirnya berakibat buruk.

Penderita asma
hentikan jika berlaku seranganAsma merupakan penyakit yang cukup mengganggu. Namun hubungan seksual bukanlah larangan bagi penderita asma. Kecuali serangan asmanya anda dikategorikan ke dalam ‘exercise injure asma’ ataupun serangan asma berlaku ketika melakukan aktiviti berat atau lasak.Aktiviti seksual termasuk dalam aktiviti berat kerana pernafasan akan menjadi lebih cepat bagi memenuhi bekalan oksigen. Inilah yang dapat menyebabkan gangguan pada saluran pernafasan. Untuk itu, disarankan bagi penderita asma untuk mengamalkan beberapa tips berikut.
• Jangan lupa memulakan perhubungan dengan pemanasan dan sudahi dengan ‘cooling down. Nikmati aktiviti ini hingga tubuh menjadi lebih relaks.
• Meskipun jarang terjadi, namun segeralah hentikan aktiviti bila muncul serangan.
• Seeloknya pastikan keadaan tubuh anda melalui pemeriksaan ujian ataupun konsultasi dengan doktor anda.
• Anda harus mengenali sendiri mengenai batasan kemampuan dalam melakukan hubungan seks. Ini juga memerlukan pemahaman dan komunikasi dengan pasangan.
Pesakit jantung
pasangan disarankan lebih aktifSeperti yang dikatakan tadi hubungan seks adalah sama dengan aktiviti berat jadi ia akan menyebabkan fungsi jantung anda menjadi lebih berat. Oleh itu jika anda pesakit jantung sebaiknya meneliti dahulu keadaan dan fungsi jantung sebelum mahu melakukan seks. Dapatkan pemeriksaan keadaan tubuh anda dari doktor. Sekiranya dirasakan ada masalah, jangan memaksakan diri. Jangan teruskan dan hentikan aktiviti seksual bila muncul gangguan, contohnya bila mengalami degupan jantung terasa tidak teratur, muncul rasa sakit yang amat sangat di bahagian dada dan sebagainya. Untuk mencapai kepuasan bersama, pasangan yang sihat disarankan untuk berperanan lebih aktif.Pengidap kencing manis - diet dan bersenam untuk pertahan fungsi seksualLain halnya dengan aktiviti seksual untuk penderita kencing manis, masalah utamanya adalah disfungsi ereksi. Ia disebabkan gangguan pembuluh darah dan saraf pada organ-organ seksual. Namun begitu tidak semua penderita kencing manis mengalaminya. Selagi kadar gula dalam darah tetap terkawal, perkara ini dapat dihindari. Secara teori, aktiviti seks memang mungkin boleh menyebabkan berlakunya penurunan kadar gula dalam darah secara drastik (hipoglikemi) tapi keadaan ini jarang terjadi. Penderita kencing manis dengan gula dalam darah yang terlalu tinggi (di atas 250 mg) atau terlalu rendah (kurang dari 100 mg) disarankan tidak melakukan aktiviti berat, termasuklah aktiviti seksual. Tapi pada tahap ini biasanya ghairah seksual juga mengalami penurunan. Pastikan anda mengawal gula darah secara teratur. Pastikan juga anda melakukan diet dan senaman untuk mempertahankan fungsi seksual. Segarkan diri dengan air putih selepas hubungan seksual, meski minuman bersoda mungkin terasa lebih nikmat. Sekiranya dilakukan secara baik, penetrasi seks tidak akan menyebabkan luka yang berbahaya bagi penderita kencing manis.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

Bagi semua teman2 yg beragama Muslim sis ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin..



Sunday, October 7, 2007

ehheheh.. mcm malas jak aku update blog ni.. ermmm tapi ada yg aku nak kongsi ni.. cerita menarik tapi bukan ari ni.. esok2 erkkk hehhehe.. ok lah aku chau dulu.. jaga diri... bye...

Wednesday, September 19, 2007

sedih banget ni gue..

huhuuu.. aku tak tau lah nak ckp apa.. yg aku tau ari ni aku kecewa sgt.. aku gagal test JPJ bahagian BUKIT... hermm telampau takut kot.. atau aku OVER? huhuhuhuhu... mana tak nya lebih kurang 70 org yg dok perhati kita.. huhuhuhuh.. hari ni lah yg paling teruk aku buat... teruk dari mula2 belajar mcm dulu.. apa sebabnya yerkk?? aku masih tak paham lah.. tapi apa2 pun aku ttp bersyukur.. yg aku geruni selama ni iaitu test d JALAN RAYA aku boleh lulus plak.. hhehehe tak kah tu buat aku bingung..??? hermmm tak per lah bukan rezeki aku kot.. aku kena belajar terima kenyataan.. janji aku tak putus asa.. bulan depan aku kena ulang lagi test JPJ di litar.. aku kena baiki kelemahan aku.. selebihnya aku pasrah pada TUHAN.

Saturday, September 1, 2007

ada apa?

hermmm..ntahlah apa yg aku nak add ari ni erkk? hehehhe.. aku cuma nak bagi tau.. yg sekarang ni aku tgh bz sgt2..kena stock teck counter n tahunan.. so ??? letih lah jawabnya.. but aku tak sabar lagi nak daki gunung 24hb ni.. uhuhuhhu harap2 leh sampai puncaklah.. chaiyo!!!

Thursday, August 23, 2007

Aku Bersalah?

ermmm aku rasa bersalah plak dgn seorg mamat ni..ari tu aku dah tegur sikap dia yg buat aku bad mood..aku terpaksa terus terang daripada aku pendam..lama2 jadi penyakit.. tapi bila aku dah buat mcm tu.. tiba2 dia ubah sikap.. dia mcm sangat berhati2 lah kat aku.. takut aku marah lagi kot..tapi...aku lain mcm lah.. risau kot2 dia rasa tertekan ker.. hermmm apa harus aku wat erkk? aiyarkk aku bingung lah...maaf kan aku JJ..

Monday, August 20, 2007

Thanks 4 All My Friends

hehehe..beberapa ari lepas adalah b'day aku..thanks byk2 pada kengkawan yg ingat b'day aku yerkk..milimewa staf,kengkawan kat fs,kat kb dan semua lah.. aku berharap dengan usia yg sebegini setengah tua sikap aku pun akan jadi setengah tua. .. hehehehe.

Wednesday, August 15, 2007


haluuu..lamanya aku menghilang dari dunia blogger ni kan? hermm tuk makluman semua blog aku yg satu tu www.penditaratu.blogspot.com dengan rasminya di tutup atas problem2 tertentu. so mulai sekarang aku akan pakai blog yg baru ini iaitu www.sisyulie.blogspot.com. sis nak ucapkan byk2 timah kasih tuk kengkawan yg sudi melawat bloh ni... love u all.